Tuesday 22 October 2013

Cute Backgrounds


Assalamualaikum..

Hello friends.. For this entry aku nak kongsikan dekat mana nak cari backgrounds yang cute.. 
Mungkin ada yang dah tahu website atau blog yang sediakan backgrouds yang cute dan free ni.. dan ada juga yang tak tahu lagi mana nak cari backgrounds comel comel macam ni.. So, mana yang tak tahu lagi tu jom cuba tengok ni.. Mungkin lepas ni blog korang pun boleh jadi cute.. 
Dekat bawah ni aku sertakan link website yang korang boleh terjah dan ambil backgrond tu tanpa bayaran apa apa pun.. It's free jer.. ^_^














Sunday 22 September 2013

Budak comel yang bernama Dennis Kane

Dennis Kane merupakan seorang model kanak-kanak.. (Patut la comel, model rupanya..) Dia ni mix korean australia.. Baru je berumur 6 tahun kalau tak silap la.. Pertama kali aku tengok gambar dia yang keluar dekat facebook tu aku dah terpegun tengok kecomelan dia ni.. Hai Dennis, nasib baik la umur kau baru 6 tahun, kalau sebaya aku ni...hurmmm....??? haha..  
Okey jom layan gambar gambar dia yang comel ni..


















Kalau nak tengok lebih banyak gambar dia ni pergi la like Facebook Dennis Kane ataupun boleh juga tengok dekat sini.


ok jom layan video telatah dia depan camera pula.. 



and this, video dia buat gwiyomi.. 


why you so cute dennis >.<... agak agak kalau dah besar mesti hensem giloss nih..

Monday 26 August 2013

Cara membuat kek batik


Aku ingat lagi masa pertama kali aku makan kek ni aku tak tahu pun yang kek ni diperbuat dari biskut marie.. Masa tu classmate form 5 aku yang bawa pergi sekolah.. Dia buat sendiri je.. Dia suruh aku rasa, aku pun apa lagi bagi betis nak peha la lepas rasa kek ni.. lepas tu aku siap minta resipi lagi.. tapi aku tak salin pun sebab aku tengok senang sangat nak buat.. Ingatkan lepas aku ambil resipi tu nak terus buat la dekat rumah.. Tapi sampai sekarang tak buat buat sehingga la aku dah terlupa bahan bahan nak buat kek batik ni.. So, aku ingatkan nak buat dalam masa terdekat ni sebab dah lama aku tak makan.. Jadi aku google la resipi dia.. Oleh kerana aku belum pernah buat kek ni jadi lebih baik aku tengok video kat youtube je la kan.. Kek batik ni memang senang nak buat.. tak pakai oven pun.. Cuma pakai kuali jer.. Mesti ramai yang dah tahu buat kek ni kan tapi aku tetap nak share juga dekat sini.. Sebab ni kan blog aku.. Suka hati aku la nak share apa kan.. hahaha.. Ok jom layan~



Friday 23 August 2013

7 TIPS MUDAH KEMPISKAN PERUT BUNCIT

1. Minum Air Masak Yang Banyak.
~ Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.
~ Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
~ Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
~ Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.
~ Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.
~ Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
~ Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.





Thursday 8 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena hari yang mulia ini, saya Azila Binti Latiff ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. :)

Wednesday 3 July 2013

KMNS

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Yaa. Di sini la tempat aku menuntut ilmu selepas habis SPM.
Dan di sini juga la tempat yang mengajar aku untuk hidup berdikari dan merasa berjauhan dengan mama dan ayah.. Hurmm feeling homesick je aku tiap-tiap hari duduk dekat sini dulu.. Tapi mula-mula je la.. Dah lama-lama tu aku dah boleh biasakan diri sikit da.. Hai maklumlah orang tak pernah duduk asrama la katakan camgini la dia.. hehe.. Caya tak caya dah dua bulan aku tinggalkan matrik ni da.. Dulu masa duduk dalam tu heboh la cakap aku tak kan rindu dekat matrik ni pon.. Tapi apa kan daya, baru dua bulan je tinggalkan matrik ni aku dah rasa rindu da.. Aku bukan rindu dengan bangunan-bangunan dekat matrik ni la, yang aku rindukan adalah suasana bersama teman-teman seperjuangan aku di sini. Walaupun hanya setahun je aku berada di sini, banyak pengalaman dan kenangan pahit manis yang aku perolehi. 
(Dengar-dengar Fatin Liyana dulu pun pernah belajar dekat sini eh.)

Meh aku nak kongsi sikit gambar gambar aku masa dekat matrik ni..

Purple and Pink Day.. ^_^
Kitaorang tak rancang pun nak pakai macam ni.. Cantik kan.. Nampak macam seragam je.. Salah seorang dalam gambar ni adalah pensyarah ekonomi kitaorang.. cuba teka yang mana satu? Hehe.. Orangnya muda dan cantik lagi tu.. Pensyarah yang paling best dan baik.. Tapi sekejap je dia ajar kitaorang.. Sebab dia baru posting dekat KMNS.. 


Ini lah rakan sepraktikum aku.. Macam macam ragam diorang ni tau.. Yang paling gila gila sekali Farah la.. Kalau takde dia dalam class macam tak best je.. Dia la yang selalu menceriakan suasana..


Masa ni last day kuliah dekat DK5.. Bergambar dengan Qistina, Aishah dan angah.. 
(comel Qistina ni.. hohoo)


Ini pula budak budak aras aku.. Masa ni kita orang buat jamuan makan makan.. Lepas tu main permainan semua.. Memang best time ni. 


Masa ni pula jamuan dengan praktikum.. Ramai yang pakai jubah.. Tapi aku cuma pakai T-shirt belang belang.. haha.. sempoi je..
(hurmm..apa hal muka aku time ni macam nak ambil gambar passport je..)
Ha aku ingat lagi.. masa ni kitaorang main truth or dare.. Dan aku hanya berani pilih truth je.. Apa kebenaran yang aku berikan? hahaha.. itu rahsia.. Hanya diorang je tau.. 


Muka penat lepas senam erobik.. Hanya dapat air mineral dan roti gardenia je.. Bagi la KFC ke McD ke.. hahaha.. demand betul budak nih..


Haa.. Jangan nak salah anggap.. Ini bukannya merewang tau.. Masa ni hari keusahawanan.. Praktikum aku jual nasi minyak, rojak petis, mee bandung dan lain lain lagi.. hahaa sebenarnya aku tak ingat yang lain lain tu.. Nama gerai kitaorang Little Fluffy Cute Sheep. Comel je nama gerai kitaorang kan.. 


Haa.. Ini la roommate aku.. Amalina dan Kalaivani.. Nama Teddy Bear besar tu Mr Jojo.. Teddy Bear tu Kalai yang punya.. Besar kan.. Jealous nengok.. Untung la kalai abang sayang dia bagi Teddy Bear yang besar camgitu.. Aku pun nak juga.. anyone?? ada sesiapa nak bagi Teddy Bear besar camgini kat aku tak?? hehe..


Kami 1 Malaysia. ^_^
Masa ni bulan puasa, sebelum nak balik kampung cuti raya tu kitaorang bergambar dulu..
Ling sin dengan tanu yang terlebih excited nak cuti masa ni.. haha



Dalam Dewan kuliah.. Seriously aku tak pernah tidur kalau masa kuliah walaupun dewan kuliah tu ada air cond.. Walau mengantuk macam mana sekalipun mata aku tak kan boleh lelap kalau tengah belajar dalam kuliah..


Di tangga library.. okey aku memang suka duduk yang paling atas sekali tu.. haha..


That's all.. 
Hanya ni je la yang aku dapat tunjuk.. Kalau letak banyak banyak bukan ada yang nak tengok pun kan.. Memanjangkan entry aku je ada la.. hahaha..

Ok last.. aku nak nak kongsi video ni dari student kmns..
enjoyy~




Monday 13 May 2013

First Post



Ini adalah post yang pertama..  
So, aku nak intro sikit la pasal blog ni..
actually, ini bukanlah blog aku yang pertama.. before this aku ada juga blog.. lama la juga usia blog tu.. 
aku rasa dah dua tahun lebih kot.. tapi aku jarang update~ tak tahu la kenapa.. mungkin aku malas nak update kot.. (bukan mungkin, memang malas pun) hehee.. Lagi pun semua post aku dulu langsung tak best.. mostly aku main copy and paste je.. ayat pun macam apa tah~ bila aku baca balik raca macam -_-" erghh.. tak tahu nak describe macam mana.. macam kebudak-budakan pun ada.. Follower pun tak ramai.. So, aku buat keputusan aku nak delete je blog tu dan buat blog yang baru ni.. Harap-harap la dengan adanya blog baru ni aku akan jadi lebih rajin untuk meluangkan masa menaip entry-entry menarik untuk korang semua.. =)

Untuk pengetahuan korang, dalam blog aku kali ini aku tulis apa sahaja yang aku rasa nak tulis.. No more copy and paste.. Blog ni pun masih dalam progress lagi.. Masih banyak benda aku nak letak biar nampak lagi comel.. Tapi aku tak nak la letak bebanyak sangat.. nanti berat.. dan loading nya pun akan turut lama juga.. Kalau aku la masuk blog korang yang lama loading nya tu aku terus tutup je.. wakakaka.. dan apa yang paling penting aku tak akan letak lagu dalam blog ni.. sebabnya aku tak nak la menganggu kententeraman korang membaca.. bukan semua orang suka lagu yang sama kan.. Lagi pun nanti kesian la dengan orang yang suka buka new tab bebanyak tu.. (macam aku) .. misalnya kalau korang buka lima blog yang ada lagu yang berlainan, kalau lagu-lagu tersebut dimainkan sekali gus tak ke pelik bunyinya.. 

And, for the last aku harap korang sudi lah nak follow blog aku yang tak seberapa ni.. Walaupun aku tahu blog aku ni tak la sehebat mana.. Tapi aku akan cuba memberikan yang terbaik untuk korang dan aku juga.. Hey, nobody perfect okey.. So, normal la kalau aku ada salah dan silap sepanjang penulisan aku nanti.. Harap korang maafkan dan tegur aku kalau aku ada buat salah dan silap nanti..

Okey.
Sampai disini sajalah penulisan aku untuk post pertama ni.. 
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.. 
*op~ op~ jangan lupa follow ye.. (tiada paksaan)


Sky Blue Bow Tie