Monday 26 August 2013

Cara membuat kek batik


Aku ingat lagi masa pertama kali aku makan kek ni aku tak tahu pun yang kek ni diperbuat dari biskut marie.. Masa tu classmate form 5 aku yang bawa pergi sekolah.. Dia buat sendiri je.. Dia suruh aku rasa, aku pun apa lagi bagi betis nak peha la lepas rasa kek ni.. lepas tu aku siap minta resipi lagi.. tapi aku tak salin pun sebab aku tengok senang sangat nak buat.. Ingatkan lepas aku ambil resipi tu nak terus buat la dekat rumah.. Tapi sampai sekarang tak buat buat sehingga la aku dah terlupa bahan bahan nak buat kek batik ni.. So, aku ingatkan nak buat dalam masa terdekat ni sebab dah lama aku tak makan.. Jadi aku google la resipi dia.. Oleh kerana aku belum pernah buat kek ni jadi lebih baik aku tengok video kat youtube je la kan.. Kek batik ni memang senang nak buat.. tak pakai oven pun.. Cuma pakai kuali jer.. Mesti ramai yang dah tahu buat kek ni kan tapi aku tetap nak share juga dekat sini.. Sebab ni kan blog aku.. Suka hati aku la nak share apa kan.. hahaha.. Ok jom layan~



Friday 23 August 2013

7 TIPS MUDAH KEMPISKAN PERUT BUNCIT

1. Minum Air Masak Yang Banyak.
~ Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.
~ Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
~ Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
~ Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.
~ Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.
~ Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
~ Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.





Thursday 8 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena hari yang mulia ini, saya Azila Binti Latiff ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. :)
Sky Blue Bow Tie