Wednesday 3 July 2013

KMNS

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Yaa. Di sini la tempat aku menuntut ilmu selepas habis SPM.
Dan di sini juga la tempat yang mengajar aku untuk hidup berdikari dan merasa berjauhan dengan mama dan ayah.. Hurmm feeling homesick je aku tiap-tiap hari duduk dekat sini dulu.. Tapi mula-mula je la.. Dah lama-lama tu aku dah boleh biasakan diri sikit da.. Hai maklumlah orang tak pernah duduk asrama la katakan camgini la dia.. hehe.. Caya tak caya dah dua bulan aku tinggalkan matrik ni da.. Dulu masa duduk dalam tu heboh la cakap aku tak kan rindu dekat matrik ni pon.. Tapi apa kan daya, baru dua bulan je tinggalkan matrik ni aku dah rasa rindu da.. Aku bukan rindu dengan bangunan-bangunan dekat matrik ni la, yang aku rindukan adalah suasana bersama teman-teman seperjuangan aku di sini. Walaupun hanya setahun je aku berada di sini, banyak pengalaman dan kenangan pahit manis yang aku perolehi. 
(Dengar-dengar Fatin Liyana dulu pun pernah belajar dekat sini eh.)

Meh aku nak kongsi sikit gambar gambar aku masa dekat matrik ni..

Purple and Pink Day.. ^_^
Kitaorang tak rancang pun nak pakai macam ni.. Cantik kan.. Nampak macam seragam je.. Salah seorang dalam gambar ni adalah pensyarah ekonomi kitaorang.. cuba teka yang mana satu? Hehe.. Orangnya muda dan cantik lagi tu.. Pensyarah yang paling best dan baik.. Tapi sekejap je dia ajar kitaorang.. Sebab dia baru posting dekat KMNS.. 


Ini lah rakan sepraktikum aku.. Macam macam ragam diorang ni tau.. Yang paling gila gila sekali Farah la.. Kalau takde dia dalam class macam tak best je.. Dia la yang selalu menceriakan suasana..


Masa ni last day kuliah dekat DK5.. Bergambar dengan Qistina, Aishah dan angah.. 
(comel Qistina ni.. hohoo)


Ini pula budak budak aras aku.. Masa ni kita orang buat jamuan makan makan.. Lepas tu main permainan semua.. Memang best time ni. 


Masa ni pula jamuan dengan praktikum.. Ramai yang pakai jubah.. Tapi aku cuma pakai T-shirt belang belang.. haha.. sempoi je..
(hurmm..apa hal muka aku time ni macam nak ambil gambar passport je..)
Ha aku ingat lagi.. masa ni kitaorang main truth or dare.. Dan aku hanya berani pilih truth je.. Apa kebenaran yang aku berikan? hahaha.. itu rahsia.. Hanya diorang je tau.. 


Muka penat lepas senam erobik.. Hanya dapat air mineral dan roti gardenia je.. Bagi la KFC ke McD ke.. hahaha.. demand betul budak nih..


Haa.. Jangan nak salah anggap.. Ini bukannya merewang tau.. Masa ni hari keusahawanan.. Praktikum aku jual nasi minyak, rojak petis, mee bandung dan lain lain lagi.. hahaa sebenarnya aku tak ingat yang lain lain tu.. Nama gerai kitaorang Little Fluffy Cute Sheep. Comel je nama gerai kitaorang kan.. 


Haa.. Ini la roommate aku.. Amalina dan Kalaivani.. Nama Teddy Bear besar tu Mr Jojo.. Teddy Bear tu Kalai yang punya.. Besar kan.. Jealous nengok.. Untung la kalai abang sayang dia bagi Teddy Bear yang besar camgitu.. Aku pun nak juga.. anyone?? ada sesiapa nak bagi Teddy Bear besar camgini kat aku tak?? hehe..


Kami 1 Malaysia. ^_^
Masa ni bulan puasa, sebelum nak balik kampung cuti raya tu kitaorang bergambar dulu..
Ling sin dengan tanu yang terlebih excited nak cuti masa ni.. haha



Dalam Dewan kuliah.. Seriously aku tak pernah tidur kalau masa kuliah walaupun dewan kuliah tu ada air cond.. Walau mengantuk macam mana sekalipun mata aku tak kan boleh lelap kalau tengah belajar dalam kuliah..


Di tangga library.. okey aku memang suka duduk yang paling atas sekali tu.. haha..


That's all.. 
Hanya ni je la yang aku dapat tunjuk.. Kalau letak banyak banyak bukan ada yang nak tengok pun kan.. Memanjangkan entry aku je ada la.. hahaha..

Ok last.. aku nak nak kongsi video ni dari student kmns..
enjoyy~




Sky Blue Bow Tie