Monday 26 August 2013

Cara membuat kek batik


Aku ingat lagi masa pertama kali aku makan kek ni aku tak tahu pun yang kek ni diperbuat dari biskut marie.. Masa tu classmate form 5 aku yang bawa pergi sekolah.. Dia buat sendiri je.. Dia suruh aku rasa, aku pun apa lagi bagi betis nak peha la lepas rasa kek ni.. lepas tu aku siap minta resipi lagi.. tapi aku tak salin pun sebab aku tengok senang sangat nak buat.. Ingatkan lepas aku ambil resipi tu nak terus buat la dekat rumah.. Tapi sampai sekarang tak buat buat sehingga la aku dah terlupa bahan bahan nak buat kek batik ni.. So, aku ingatkan nak buat dalam masa terdekat ni sebab dah lama aku tak makan.. Jadi aku google la resipi dia.. Oleh kerana aku belum pernah buat kek ni jadi lebih baik aku tengok video kat youtube je la kan.. Kek batik ni memang senang nak buat.. tak pakai oven pun.. Cuma pakai kuali jer.. Mesti ramai yang dah tahu buat kek ni kan tapi aku tetap nak share juga dekat sini.. Sebab ni kan blog aku.. Suka hati aku la nak share apa kan.. hahaha.. Ok jom layan~



Sky Blue Bow Tie