Monday 13 May 2013

First Post



Ini adalah post yang pertama..  
So, aku nak intro sikit la pasal blog ni..
actually, ini bukanlah blog aku yang pertama.. before this aku ada juga blog.. lama la juga usia blog tu.. 
aku rasa dah dua tahun lebih kot.. tapi aku jarang update~ tak tahu la kenapa.. mungkin aku malas nak update kot.. (bukan mungkin, memang malas pun) hehee.. Lagi pun semua post aku dulu langsung tak best.. mostly aku main copy and paste je.. ayat pun macam apa tah~ bila aku baca balik raca macam -_-" erghh.. tak tahu nak describe macam mana.. macam kebudak-budakan pun ada.. Follower pun tak ramai.. So, aku buat keputusan aku nak delete je blog tu dan buat blog yang baru ni.. Harap-harap la dengan adanya blog baru ni aku akan jadi lebih rajin untuk meluangkan masa menaip entry-entry menarik untuk korang semua.. =)

Untuk pengetahuan korang, dalam blog aku kali ini aku tulis apa sahaja yang aku rasa nak tulis.. No more copy and paste.. Blog ni pun masih dalam progress lagi.. Masih banyak benda aku nak letak biar nampak lagi comel.. Tapi aku tak nak la letak bebanyak sangat.. nanti berat.. dan loading nya pun akan turut lama juga.. Kalau aku la masuk blog korang yang lama loading nya tu aku terus tutup je.. wakakaka.. dan apa yang paling penting aku tak akan letak lagu dalam blog ni.. sebabnya aku tak nak la menganggu kententeraman korang membaca.. bukan semua orang suka lagu yang sama kan.. Lagi pun nanti kesian la dengan orang yang suka buka new tab bebanyak tu.. (macam aku) .. misalnya kalau korang buka lima blog yang ada lagu yang berlainan, kalau lagu-lagu tersebut dimainkan sekali gus tak ke pelik bunyinya.. 

And, for the last aku harap korang sudi lah nak follow blog aku yang tak seberapa ni.. Walaupun aku tahu blog aku ni tak la sehebat mana.. Tapi aku akan cuba memberikan yang terbaik untuk korang dan aku juga.. Hey, nobody perfect okey.. So, normal la kalau aku ada salah dan silap sepanjang penulisan aku nanti.. Harap korang maafkan dan tegur aku kalau aku ada buat salah dan silap nanti..

Okey.
Sampai disini sajalah penulisan aku untuk post pertama ni.. 
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.. 
*op~ op~ jangan lupa follow ye.. (tiada paksaan)


Sky Blue Bow Tie